Beramal Di Bulan Rabiul Akhir

Untuk tahun 1438 Hijrah ini, Rabiulakhir bermula dari 30 Disember 2016 sehingga 30 Januari 2017.

Rabiulawal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman.

Rabiul akhir pula mambawa makna musim bunga bakal berakhir.

Pada zaman dahulu, ia digunakan sebagai pengukur masa, musim sejuk akan menjelma.

Selain itu, ia juga digelar, Rabiul Thani, yang membawa maksud yang sama.

Namun, hari ini, nama bulan-bulan ini terus digunapakai walaupun ia tidak bertepatan dengan musim dan iklim cuaca yang berubah di bumi.

Oleh kerana ia telah diguna lama sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan nama-nama bulan tersebut tidak bercanggah atau membawa maksud yang buruk, ia terus digunapakai oleh Rasulullah sendiri.

 

quran6

 

Terdapat beberapa sirah menarik yang pernah berlaku di bulan Rabiul Akhir ketika Islam mula berkembang pada zaman dahulu.

Antaranya :

1. Telah berlaku beberapa peperangan di bulan Rabiul Akhir ini, seperti Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

2. Pengepungan Kota Damsyik selama 70 malam yang berlaku pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. Rancangan ini diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a. Ia berlaku pada tahun 14 Hijrah. Peristiwa ini menjadi titik tolak kepada pembukaan Damsyik untuk umat Islam.

3. Saidina Abu Bakar As-Siddiq wafat pada pada tahun 634 Masihi selepas 2 tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Sayidina Umar Al-Khattab r.a telah di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

 

quran7

 

4. Tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a telah terheret ke dalam kancah peperangan di antara pasukan Khalifah Ali ibn Abi Talib menentang Bani Umaiyyah. Peperangan Jamal atau perang unta adalah perang yang terjadi di Basra, Iraq pada tahun 656 Masehi.

5. Diturunkan Surat Al Hasyr pada Nabi Muhammad s.a.w. Surah al Hasyr memiliki erti pengusiran. Surah ini mengisahkan pengusiran suku Bani Nadzir beragama Yahudi yang tinggal di sekitar Madinah. Dalam surah ini juga menjelaskan tentang perintah takut pada Allah dan diakhiri dengan nama-nama Allah yang mulia. Seperti Ar Rahman, Ar Rahim, al Malik, Al Quddus, As Salam, Al Mukmin, Al Muhaimin, al Jabbar, Al Mutakabbir, Al Kholiq, al Bari’, Al Mushowwir.

6. Beberapa sahabat yang gugur syahid, di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

7. Imam Ghazali atau Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad  Ahmad, seorang ulamak terkemuka telah meninggal dunia pada bulan Rabiul Akhir tahun 505 H (1111M).

 

quran8

 

Apakah amalan khusus yang dituntut di dalam bulan Rabiul Akhir ini?

Jawapannya, tiada.

Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini.

Namun, setiap individu perlu ada motivasi diri untuk sentiasa melengkapkan amalan fardu dan meningkatkan amalan sunat dari hari ke hari.

Kita digalakkan untuk terus melakukan yang wajib dan sunat tanpa henti tidak kira bulan apa pun dalam Kalendar Islam.

Baik dari segi solat, bacaan Al-Quran, sedekah harian atau apa sahaja amalan mulia.

Kerana, di mana jua kita berada, Allah itu sentiasa memerhati dan Malaikat itu sentiasa tidak pernah penat mencatit.

 

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.”
(Al-Baqarah 2:21)

“Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.”
(Al-‘Ankabuut 29:56)

Comments

comments

Leave a Reply